FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
ASSLAMUALAIKUM,
Saya akan menceritakan tentang kemudahan yang terdapat di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan(FEP). Dalam fakulti tersebut ada banyak kemudahan yang disediakan seperti Dewan Kuliah, Bilik Seminar, Surau, lif, Panas Express, dan lain-lain. Saya akan kongsikan beberapa kemudahan yang selalu saya gunakan dalam fakulti tersebut.
Ini adalah fakulti saya dimana tempat saya menimba ilmu dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan. FEP adalah tempat yang sangat stategik kerana berdekatan dengan pelbagai kemudahan seperti Pusainika, Perpustakaan dan KIOSK tetapi kemudahan yang saya ingin ceritakan lebih detail ialah kemudahan yang terdapat dalam Fakulti saya.
DEWAN KULIAH
Dewan kuliah ialah tempat berlakunya proses Pengajaran dan Pembelajaran yang melibatkan pensyarah dan para pelajar. Terdapat banyak dewan kuliah yang disediakan di dalam FEP iaitu ada 5 dewan kuliah yang boleh memuatkan lebih 100 orang pelajar. Dalam dewan kuliah tersebut sangat memberi keselesaan kepada pelajar dalam menjalankan proses pembelajaran kerana disediakan tempat yang luas dan tidak akan berasa panas kerana setiap dewan kuliah mempunyai penghawa dingin. Digalakkan bagi pelajar untuk membawa jaket bagi yang mudah sakit apabila terdedah dengan suhu penghawa dingin yang sejuk. Setiap dewan kuliah juga mempunyai pembesar suara dengan ini maklumat yang disampaikan oleh pensyarah akan terdengar lebih jelas walaupun pelajar duduk paling belakang. Selain itu, skrin projekter juga disediakan bagi dua sisi iaitu sisi kanan dan kiri bagi memudahkan pelajar yang duduk di kedua-dua sisi dapat melihat dengan jelas "slide" yang dipaparkan oleh pensyarah.
SURAU
Surau adalah tempat beribadah bagi orang muslim. Surau yang terdapat di FEP terbahagi kepada dua iaitu surau lelaki dan perempuan. Saya sangat suka dengan surau FEP kerana tempat wudhu yang besar dan ruangan solat yang luas dan sejuk. Pelajar tidak perlu risau jika terkejar masa untuk menunaikan solat atau takut melengahkan waktu solat kerana surau FEP sudah menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelajar. Pelajar juga tidak perlu membawa telekung ataupun Al-Quran kerana surau FEP juga banyak menyediakan perlengkapan solat. Jadi tiada alasan untuk seorang pelajar jika tidak sempat solat atau tiada masa kerana segala kemudahan untuk solat telahpun disediakan di surau FEP. FEP juga menyediakan rak kasut di luar surau untuk pelajar menyusun kasut/selipar mereka dalam rak agar kasut tidak berselerak depan surau atau tidak tersepak oleh pelajar lain yang lalu-lalang.
PANAS EXPRESS
Panas Express adalah kedai dimana pelajar boleh melayan diri sendiri untuk membeli makanan. Kemudahan ini sangatlah berguna untuk pelajar kerana pelajar dapat membeli makanan jika lapar atau belum sarapan. Kedai ini juga menggunakan teknologi terkini dimana kedai tersebut tiada penjaga di kaunter. Jika kita ingin masuk ke dalam kita perlu "scan" muka untuk membuka pintu. Dalam kedai tersebut terdapat banyak pilihan makanan dan minuman ringan seperti roti,air kotak dan tin, ais krim, gula-gula, coklat, roti, biskut, air mineral dan lain-lain. Apabila pelajar ingin membayar, pelajar perlu ke mesin pembayaran dan boleh menggunakan kad ataupun "scan QR". Ini memudahkan pelajar kerana tidak perlu berurusan lama ketika membeli makanan dan minuman walaupun harga makanan dalam Panas Express sedikit mahal. Kedai tersebut juga buka 24 jam
MESIN AIR MINUM & COFFEE
Water Filter ialah mesin air percuma dimana pelajar boleh mengisi air tanpa dibayar dan tanpa had. Bagi pelajar yang ingin jimat duit untuk membeli air mineral, pelajar boleh menggunakan mesin air untuk mengambil air seberapa banyak yang mereka inginkan. Pelajar hanya perlu bawa botol sendiri. Air minum dalam mesin tersebut juga dijamin bersih dan masak. Mesin Coffee Layan Diri pulak perlu dibayar menggunakan "Scan QR". Pelajar boleh memilih coffee sendiri mengikut jenis dan saiz gelas. Pelajar dapat menikmati air Coffee yang panas sebelum masuk ke kelas agar mengelakkan daripada mengantuk ketika belajar.
Video diatas ialah kemudahan yang saya selalu gunakan dalam Fakulti Ekonomi dan pengurusan.
Ini sahaja yang saya akan ceritakan tentang kemudahan dalam Fakulti saya. Sekian Terima Kasih.









Comments
Post a Comment