ASSALAMULAIKUM
Saya akan menceritakan tentang perasaan saya menjadi pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan(FEP). Seperti diawal blog saya, dimana saya mengenalkan diri saya sebagai pelajar Pentadbiran Perniagaan. Ini adalah pilihan kursus saya yang pertama dalam UPU. Sebelum saya memasuki Universiti saya banyak mencari tahu tentang kehidupan di universiti, bagaimana pelaksanaan pembelajaran dalam kelas dan apa yang saya akan pelajari dalam kursus yang saya ambil. Sepanjang saya belajar daripada darjah sehinggalah menengah, kebanyakkan guru saya mengatakan bahawa cara belajar di Universiti lain kerana pensyarah lebih banyak mendengar berbanding bercakap. Pensyarah akan memberi tajuk topik yang akan dipelajari dan pelajar akan bentang. Pelajar juga akan lebih banyak belajar sendiri berbanding diajar oleh pensyarah. Ini menimbulkan kerisauan saya kerana saya juga seorang yang kurang yakin apabila bercakap di depan dan saya takut bagaimana saya mahu memahami setiap topik pelajaran jika bukan pensyarah sendiri yang memberi keterangan. Selain itu, saya juga takut mendapat pensyarah yang tegas dan serius. Inilah ketakutan saya sebelum memasuki universiti.
Tiba masanya saya pertama kali berjumpa dengan pensyarah-pensyarah di FEP semasa Minggu Aspresiasi Watan (MAW) iaitu pada hari dimana pelajar tahun 1 mempunyai sesi dengan fakulti masing-masing. Kami pelajar FEP disambut dengan meriah oleh pensyarah-pensyarah. Kami mengikuti aktiviti "explorace" yang dianjurkan oleh pensyarah-pensyarah FEP. Sepanjang "explorace" kami berjumpa dengan semua pensyarah dan semua pensyarah sangat "sporting" dan kerisauan saya sebelum memasuki universiti terhadap pensyarah di UKM mula hilang kerana saya melihat pensyarah di FEP tidaklah begitu tegas dan serius. Mereka juga sangat menyambut kedatangan kami dan ini menimbulkan rasa teruja saya untuk masuk minggu belajar kerana saya ingin mengenali pensyarah-pensyarah yang mengajar dalam kelas saya.
Masuk minggu pertama belajar, disinilah bermulanya perspektif saya terhadap pensyarah-pensyarah di FEP berubah. Saya mengakui pensyarah disini semua baik dan hebat. Sepanjang sesi pelajaran, pensyarah akan terangkan satu per satu setiap point yang dibentangkan. Pensyarah juga memberikan peluang untuk pelajar bertanya jika tidak faham akan maklumat yang disampaikan. Pensyarah akan menerangkan dengan lebih jelas jika kami tidak faham. Di minggu pertama juga kami sudah didedahkan kerja projek dan mencari kumpulan. Bagi saya tidaklah susah untuk mencari kumpulan tetapi untuk memahami projek yang diberikan sangat sukar kerana pelajar hanya diterangkan apa yang perlu dibuat tetapi tiada contoh yang jelas diberikan. Tetapi pensyarah akan memberikan tunjuk ajar dan kefahaman kepada projek kami jika tidak faham. Apabila masuk minggu-minggu seterusnya semakin banyak kerja projek individu dan kumpulan yang diberikan oleh pensyarah bagi setiap subjek. Hal ini membuat saya sedar bahawa tidaklah mudah ketika kita belajar di peringkat ijazah kerana kita akan menghadapi banyak kerja projek. Saya mengakui, saya masih tidak dapat atur masa saya untuk ulangkaji, untuk membuat kerja projek dan untuk mengikuti program-program fakulti dan kolej. Tetapi saya akan mencuba yang terbaik.
Saya boleh mengatakan bahawa saya tidak menyesal mengambil kursus yang saya pilih. Saya juga bangga menjadi pelajar FEP. Saya berasa sangat kerdil kerana pelajar FEP dipenuhi dengan pelajar yang pandai dan berpotensi. Pensyarah-pensyarah FEP juga semua hebat dan sentiasa memberikan semangat dan nasihat. Saya berharap saya dapat memberikan komitmen yang tinggi kepada pensyarah dan pelajar kelas saya terutama ahli kumpulan projek saya. Saya juga berharap dapat menjadi pelajar cemerlang selain membanggkan ibu bapa, saya juga ingin membanggakn pensyarah-pensyarah saya. Seterusnya, saya berharap pelajar FEP merupakan pelajar yang paling ramai cemerlang dan dapat naik pentas bersama pada hari Graduasi untuk menerima anugerah dekan. Akhir kata, saya ingin pelajar FEP dapat menjadi contoh baik kepada fakulti-fakulti yang lain dan dapat menaikkan fakulti kita serta nama Universiti kita di peringkat antarabangsa.
SAYA SAYANG FEP💖



Comments
Post a Comment