HOBI SAYA
ASSALAMUALAIKUM
Saya akan menceritakan hobi saya yang biasa saya lakukan pada waktu lapang.
MEMBACA
Saya suka membaca buku fiksyen. Buku yang selalu saya baca ialah Novel ataupun "WATTPAD". Bermula saya suka membaca daripada saya tinggal asrama kerana semasa di asrama pelajar hanya dibenarkan pegang telefon ketika cuti sekolah. Oleh itu, saya berasa bosan ketika saya ada masa lapang tanpa buat apa-apa jadi saya mencuba mencari hobi untuk mengisi masa lapang iaitu dengan membaca buku. Jika saya dapat memegang telefon saya akan membaca "WATTPAD". Wattpad adalah aplikasi dimana kita boleh dapatkan di "Google Play Store". Kita juga dapat membaca pelbagai cerita yang menarik tanpa membayar tetapi sebahagian cerita juga ada yang perlu dibayar. Kita hanya perlu mencari cerita yang percuma sahaja. Disitulah bermulanya saya suka membaca tetapi disebabkan saya tertagih saya hentikan hobi saya kerana ketika itu SPM semakin dekat.
Saya sambung hobi membaca buku ketika saya masuk Universiti. Saya akan baca Wattpad sebelum tidur. Genre yang selalu saya baca ialah percintaan, misteri, kekeluargaan, dan persahabatan. Saya suka membaca cerita kerana ketika saya membaca saya dapat membayangkan dan merasakan jalan ceritanya ibarat saya masuk dalam cerita tersebut. Disebabkan membaca, saya suka berimaginasi yang tinggi. Membaca juga membuat saya menjadi seseorang yang berpandangan jauh. Jika saya ada masa dan rajin, saya akan pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku tetapi buat masa sekarang buku yang saya pinjam iyalah buku ilmiah kerana saya perlu mencari bahan untuk kerja projek tetapi saya tetap suka kerana banyak ilmu yang saya dapat dan membuat pengetahuan saya semakin luas. Membaca adalah salah satu cara saya untuk melupakan beban buat masa sementara. Membaca juga dapat mengurangkan tekanan.
MENONTON
Saya juga suka menonton Movie ataupun K-Drama. Saya akan menonton apabila hari cuti. Cerita yang saya suka nonton ialah cerita berkaitan pembunuhan,misteri, dan percintaan. Saya menonton di aplikasi Loklok, Netflix dan Tiktok. Platform yang sering saya gunakan ialah Tiktok. Setiap hari saya akan "scroll" Tiktok ibarat tiada hari tanpa Tiktok. Cerita K-Drama kesukaan saya ialah "Decendants of the sun" iaitu pemain utamanya ialah Song Joong Ki dan Song Hye Kyo. Drama inilah yang menyebabkan saya masuk ke dunia K-drama.
MELUKIS



Comments
Post a Comment